Selamat Datang ke Homestay Casa Mewah @ Hijauan Heights Bangi-Putrajaya

Keselesaan Melebihi Rumah Anda

Ya, tercetusnya idea homestay ini hasil pengalaman bertahun menginap di pelbagai hotel & homestay seluruh Malaysia. Hasil daripada pengalaman pahit & manis yang kami lalui, maka wujudlah homestay terbaik ini. Dengan lokasi yang strategik, infrastruktur yang serba baru, kemudahan yang lengkap dan selesa. Casa Mewah adalah homestay di Kondo Hijauan Height@Bangi-Putrajaya.

Lokasi yang Strategik

Terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi dan mudah untuk bergerak melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Berikut adalah anggaran perjalanan bagi ke lokasi-lokasi yang berdekatan ;

  • 5 minit GMI Bangi
  • 5 minit UKM Bangi
  • 5 minit ke Bandar Sentral dan Bangi Gateway
  • 10 minit KPTM Bangi
  • 10 minit ke Unikl Bangi
  • 15 minit ke Hospital KPJ, Kajang
  • 10 minit ke Bangi Wonderland
  • 15 minit ke UPM Serdang & Putrajaya
  • 15 minit ke Serdang, Mardi - MAHA
  • 15 minit ke IOI City Mall
  • 20 minit ke KLCC
  • 45 minit ke KLIA & KLIA 2
  • 45 minit ke Litar F1 Sepang

Kemudahan Di Dalam Setiap Unit

Bagi memenuhi kepuasan semua pelanggan, kami di Homestay Casa Mewah ada menyediakan kemudahan-kemudahan seperti dibawah ; 

  1. Fully Furnished (baru)
  2. TV dengan siaran ASTRO. TV LED bersaiz 40 & 50 inci
  3. Kabinet dapur dengan kemudahan memasak (periuk, cerek & ketuhar gelombang mikro)
  4. Penghawa dingin, almari pakaian & almari solek di setiap bilik
  5. Sofa dan meja makan
  6. Mesin basuh dan mesin pengering pakain (dryer) bagi kegunaan mencuci pakaian
  7. Peti sejuk double door

 

Jenis Homestay Yang Ditawarkan

JENIS UNIT HOMESTAY BILIK TIDUR BILIK AIR BILANGAN KATIL HARGA / MALAM
Casa Mewah Standard ( 1127 kps ) – Untuk 7 tetamu 4 2 2 Queen & 3 Single RM280 / malam
Casa Mewah Premium ( 1355 kps ) – Untuk 8 tetamu 4 3 3 Queen & 2 Single RM350 / malam

Kelengkapan Homestay Kami

1
TV LED 40'/50' dengan ASTRO
4
Bilik tidur yang selesa
24
Kawalan keselamatan 24 jam
1
Taman, gim dan kolam renang

Kemudahan di Kondo

  1. Kolam renang (swimming pool) untuk orang dewasa & kanak-kanak
  2. Gimnasium dengan alatan-alatan bersenam
  3. Dewan Besar
  4. Taman permainan kanak-kanak
  5. Double Security (24 jam) bagi memastikan keselamatan tetamu terjamin